Thursday, May 12, 2016

Kemungkinan yang harus diterima

Harus deras membatasi segala, pelbagai dugaan yang harus dihadap mungkin atas sebab
Kelikaan diri ini untuk mengigati yang maha esa, kerana lupa, trtewas dgn segala hal.
Adakah aku bodoh dengan semua ni, didalam setiap saat dipenuhi dengan keresahan dalam setiap apa pun yang dilakukan.
Apakah punca sebenar dari apa yang berlaku ini disebab kan hanya aku semata, dan aku mula sedar yang aku sangat lemah untuk mengadap semua ni. Mungkin aku sangat lemah untuk hadap semua ni.
Dan mungkin aku mmg tidak layak untuk merasakan kebahagian seperti orang lain dgn keadaan aku yg berterusan begini.
Kehendak dan keinginan hati tidak mungkin dapat diterima semua orang walaupun ianya istimewa.
Hanya kesedaran dalam keseimbangan untuk semua hal adalah benda yang akan membuat kesemuanya menjadi teratur

Aku belajar dari untuk menerima setiap cubaan itu.
Perasaan curiga kerap brmain difikiran tampa berfikir apa yang sebenarnye yang telah terjadi. Dan selepas dari berlaku nya perkara yang keruh, baru tersedar kesilapan dalam setiap tanggapan.

Kita boleh menerima setiap pembetulan yang dibetulkan, akan tetapi kita tidak dapat mnerima setiap keburukan yg dilakukan oleh orang lain.
Memaafkan itu yang paling perlu.

Tiada yang sempurna dimuka bumi allah swt ini.

Aku tidak meminta banya dari kesederhanaan dalam hidup.
Memahamkan seseorang tekadang bukan sesuatu yang mudah. Bermacam perkataan yang dikeluarkan melebihi dari sekali belum tentu dapat memahamkan seseorang yang sukar.
Akan tetapi mngkin perlu terima setiap apa pun yang akan terjadi.
Tidak akan boleh untuk menolak takdir yang telah tertulis..

(Hanya  ungkapan bebas)

Arbab hbk
Tersilap kata maaf kupohon.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434


Salam Maal Hijrah -1434-

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah pada semua yang sudi untuk visit page ini,
Moga dengan ini kita dapat bermula untuk lebih lagi terbaik..
Kita semua pasti ada cita cita dan matlamat yang tinggi dalam hidup, pasti nya kita ingin mencapai-nya..
Jika kita seorang yang sempurna mari-lah kita jadi lebih lagi sempurna disisi Allah swt..

Jika kita salah seorang insan yang sudah berjaya, Bersyukur lah..
dan tak salah jika kita ingin menanam azam untuk mencipta pelbagai lagi bentuk kejayaan
baik didunia & di akhirat..

Dalam perjalanan hidup yang kita lalui mungkin banyak liku2 yang harus untuk kita tempuhi, jika kita benar2 ingin meraih kejayaan, mahu pun didunia & di akhirat, Dan di tahun baru dalam islam ni lah yang harus untuk kita menanam azam untuk mengejar kejaya dari berbagai aspek, baik dari segi pembelajaraan, kerjaya, keluarga dan juga mungkin kehidupan seterusnya...

Kita memang tidak tahu apa yang akan jadi esok..
tapi kita memang digalak-kan untuk mengejar apa yang terbaik dalam hidup, dengan usaha yang tinggi & juga niat yang baik, pasti nya dapat ke-redhaan dari ALLAH SWT.. insyallah..

Mungkin yang nama-nya masalah penghalang yang kuat untuk kita mengejar kejayaan dalam hidup..
akan tetapi setiap masalah ada jalan penyelesaianya jika kita benar2 sabar & yakin..
Dengan bermula-nya azam yang baru semangat yang tiada henti untuk meraih kejayaan mungkin jalan penyelesaian untuk menempuhi setiap masaalah ada disitu, yang pasti sabar,yakin dan juga iklas tetap lah disematkan didalam jiwa, ini kerana kebesaran islam itu dengan kesabaran & keiklasan.
insyallah ALLAH SWT akan mempermudahkan...

Yang paling utama, jangan-lah mengangap diri itu malang jika tidak dapat meraih kejayaan,
Dan se-eloknya mengangap-lah itu adalah ujian hebat dari ALLAH SWT..
ALLAH SWT memperingat-kan hamba-nya dengan perbagai ujian..
jalan penyelesaian-nya ada jika kita berazam dengan baik..

Bermula-lah untuk berhijrah dari yang baik ke yang lagi terbaik..

Dengan di-iringi doa
agar kita semua dapat sama-sama meraih apa yang terbaik dalam hidup ini,,
Dan juga mempertingkatkan lagi apa yang sudah terbaik
kerana kita hidup bukan hanya ingin berjaya didunia sahaja,
akhirat harus di-ingat sama..
Berusaha-lah untuk jadi lagi terbaik.. insyallah akan berjaya...

hanya itu sahaja
Iklas dari saya arbab
Salam Maal Hijrah

Tersilap kata maaf ku pohon
assalamualaikum



 

Saturday, November 3, 2012

Memberi dihargai...


Memberi bukan utk dihargai.. cukup dengan keiklasan hati...

Pernah-kah kita bertanya pada diri kita sendiri..
Mengapa kita harus memberi??
Adakah perlu kita memberi??

Kita bukan dipaksa utk memberi..
Tapi menghulurkan bantuaan pada yang memerlukan adalah 1amalan yang terpuji, Kerana kita hidup didunia ini bukan-nya kekal abadi, ianya hanya mimpi yang akan lenyap 1hari nanti. Harta kita didunia ini bukan untuk diperap tetapi dimanfaat-kan juga..
Dan hingga ke hari ini belum pernah didengari seseorang itu jadi susah dan menderita selepas ia memberi, Malahan banyak yang susah dengan hutang2 nya sendiri, Dan juga ada yang berjaya melangsaikan hutang dengan kerana memberi, Jadi dengan itu tidak perlu kita mengeluh dengan nasib kita yang tidak berapa baik, penuhi-lah dengan amalan yang baik, pastinya ada hari yang baik menanti, percaya lah,, tiada sepanjang hari nya kita bernasib malang, ALLAH swt pasti mempersiap kan sesuatu yang indah dari apa yang kamu lakukan,, 

Didalam satu saat jika kita memberi, tampa kita sedar kita melakukan 1hal tentang kebaikan, 
tp biarlah dengan keiklasan,,, Kita meringgan kan beban & juga membahagiakan seseorang.. 
Adakah kita bahagia melihat orang lain bahagia? 
Dan ingat lah jauh lebih bahagia tangan yang menghulur dari tangan yang menerima..
Kita hidup didunia ini, kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di esok hari,,
dan jika ada kesempatan bersedekah, kamu bersedekah-lah, tidak perlu menunda-nya utk esok...

Kita semua tentu tahu, bahawa sedekah @ menghulurkan bantuan itu juga adalah 1 ibadah,,
dan itu juga adalah amalan terpuji,,, 
Mungkin hari ini kita memberi & tidak mustahil esok pula kita menerima,,
ALLAH swt menjanjikan yang terbaik utk umatnya dengan amalan terpuji, Insyallah...
Ingat-lah membuat amalan terpuji adalah sama seperti kita menuai tanaman, Dan diakhirat kelak kita akan menemukan hasil dari apa yang kita tanam hari ini.. insyallah..
Kita semua tentu tahu, yang kita miliki hari ini semua akan lenyap kelak, semua-nya akan hilang, yang kekal adalah amal kita sewaktu kita bersedekah..

Ada ruang yang kosong selepas kita memberi sebahagian dari harta kita yang akan 
di isi dengan berlipat kali ganda... insyallah

Satu hal yang kita perlu tahu & ingat.. 
kita tidak pernah tahu sampai bila kita bernasib baik dengan limpahan rezeki dari Allah..
Kita memberi bukan mengurangkan apa yang kita miliki hari ini, tapi mempergandakan dari apa yang kita ada, Mungkin hidup kita lebih berti & bermanfaat selepas kita memberi..
Sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada insan lain..

Biar-lah nilai yang sedikit tetapi iklas..
dari jumlah yang banyak tetapi pada zahirnya kosong..

JADIKAN-LAH HIDUP KITA YANG SINGKAT INI LEBIH BERMAKNA DENGAN KITA BERSEDEKAH...
 

Sekian
arbab,hbk
tersilap kata maaf ku pohon
assalamualaikum,,


Thursday, October 25, 2012

assalamualaikum

Selamat menyambut hari raya aidiladha...
bermacam-macam cerita tentang pengorbanan yang dapat kita dengar dan 
baca di saat ini, agar memberi pengajaran yang besar buat kita utk  mengharungi dunia yang
penuh dengan pancaroba...

Kita semua mmg memerlukan yg terbaik utk setiap apa pun yang kita lakukan,,
jadi harus lah meninggalkan keburukan baru mengambil kebaikan..
Dalam setiap apapun mmg memerlukan pengorbanan,,
tekadang hanya kita yg berat utk ingin mengorbankan sesuatu..

Seperti kita bersedekah..
atas niat yang iklas kita ingin bersedah & bukan utk mnunjuk2 akan kita bersedah..
tampa disedari kita mngorbankan sedikit hal utk insan yang benar2 memerlukan nya..
ini kerana kalau kita rasa kita org yang susah, 
ingat la ada lagi yang lebih susah...
dan membantu sesama manusia itu adalah terbaik disisi ALLAH swt.

Jangan la ditanggisi dengan kekurangan yang ada pada kita didunia ini,
tapi tanggisi lah dosa yang kita buat didunia ini..
pasti nya kamu lah yg terbaik...
Ini kerana sepahit & segetir apapun yang boleh membuka mata hati kita
sehinggakan kita boleh sedar akan kesalahan diri adalah kurniaan yang paling besar..

 

Selamat Menyambut Aidiladha
Semoga kita semua mmperolehi ganjaran yg terhebat dari nya..
insyallah...
arbab hbk
tersilap kata maaf dipohon..
Assalamualaikum..

Sunday, July 22, 2012

Doa untuk Ibu & bapa


Doa-kan untuk kedua ibu bapa kita ,,,
Kalau bukan kita sebagai anak yang mendoakan ibu & bapa siapa lagi...

Jika kita sebagai anak tidak mampu memberikan kebahagiaan kepada ibu & bapa seperti mana
orang lain membahagia-kan kedua ibu & bapa nya
sampaikan doa untuk kesejahteraan ibu & bapa..
Allah swt itu maha mendengar & mengetahui.. Insyallah..

Sudah tentu kita ingin sebegini apabila kita mempunyai anak suatu hari nanti..
jadi doakan untuk kedua ibu bapa kita jika kita ini anak yang selalu menghargai..
dan ingat lah..
tampa mereka siapa lah kita disini,,
tampa didikan mereka tentu kita tidak berilmu seperti sekarang ini,,
tampa belaian mereka kita mungkin tiadakasih sayang dalam diri,,
dan yang paling penting,,
tampa mereka tiada kita dibumi Allah swt ini...

Sungguh besar pengorbanan Ibu & Bapa 
berbanding pengorbanan kita sebagai anak..

YA ALLAH,, YANG LAGI MAHA MENDENGAR..
KAU AMPUNI LAH DOSA KEDUA IBU & BAPA KU..
PANJANG KAN UMUR MEREKA..
SIHAT KAN TUBUH BADAN MEREKA..
CUCURI LAH RAHMAT KEATAS KEDUA IBU & BAPAKU
KERANA MEREKA LAH INSAN YANG PALING AKU SAYANG
DIDUNIA INI..

YA ALLAH,, BERIKAN LAH MEREKA BALASAN YANG SEBAIK BAIK NYA,
ATAS DIDIKAN MEREKA PADAKU &PAHALA YANG BESAR ATAS KESAYANGAN
YANG MEREKA LIMPAHKAN PADAKU,
PELIHARALAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA 
MEMELIHARA KU,,,
AMIN..

Moga kita semua diberkati...
sekian,,
arbab,hbk,,
tersilap kata maaf ku pohon,,

 

assalamualaikum

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan tiba lagi..



Assalamualaikum..
Ramadhan bulan yang mulia tiba lagi..
Adakah kita sudah bersedia....??

Dan kesempatan ini saya HBK ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada pengunjung page ini, moga kita semua memperolehi ganjaran yang tidak putus-putus di bulan mulia ini...

Dengan itu marilah kita semua bersyukur ke hadrat ilahi.. kerana dengan limpah kurnia nya
kita masih berkesempatan untuk menempuhi ramadhan yang mulia ini..

Dan saya berharap agar bulan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum nya..
Semoga ramadhan kali ini memberi perubahan yang lebih baik untuk kita semua umat islam.
Dan jangan lah sesekali kita sia-sia kan peluang untuk meraih ganjaran yang tidak putus-putus di bulan mulia ini.. Dengan itu mula lah untuk berubah, dari yang baik ke yang lagi terbaik di bulan mulia ini...

sekian,,
tulus iklas dari saya arbab hbk
tersilap kata maaf ku pohon..

 
assalamualaikum



Tuesday, July 3, 2012

Mungkin itu kegagalan

Apakah itu kegagalan...?
Apakah yang kita rasa apabila menempuhi kegagalan..?
Adakah anda pernah gagal..?
Apakah yang anda lakukan..?

Sesiapa pun,, akan rasa perit bila menempuhi kegagalan,,,,
biasa la tu ,, bkn semua benda yang kita inginkan itu dapat untuk kita perolehi,,
dan jangan sesekali berasa diri itu malang...
sebaik-nya berfikirkan positive sahaja...

Dan yang paling penting
Jangan ssekali kita ada rasa iri hati terhadap kejayaan orang lain apabila kita gagal..
kerana takut ia akan menimbulkan rasa dengki dan berbagai lg...
sebaik-nya berfikirkan bahawa
mereka mengecapi kejayaan kerana tekad, usaha & kerja keras
mereka
(berfikiran positive boleh memperbaiki kegagalan kita sendiri)

(mereka yang bahagia bukan meraka yang memiliki segalanya,, tetapi mereka yang tak pernah mengeluh & selalu mensyukuri apa yang telah dimiliki)

Walau apa jenis kegagalan sekali pun yang kita hadapi,, 
banyak kan lah bersabar..
dan ingatlah.. 
setiap ujian yang Allah swt beri kan kepada hamba nya,,
semua itu disertakan dengan nikmat nya..
Disebalik rasa sakit yang kita alami..
Allah swt pasti sudah mempersiapkan hadiah yg cukup indah..
jadi,, terus lah berfikiran positive,, dalam apa jua yang kita alami...

Dari kegagalan lah kita dapat peluang untuk memperbaiki diri sendiri,,
dan jangan sesekali kita menyalahi orang lain dengan kegagalan kita sendiri..
mungkin kita boleh mencari punca kegagalan kita itu sendiri bukan dengan menyalahi org lain..
pasti nya kita akan jumpa dan akan boleh berubah untuk lebih baik dari kesilapan lalu..
(Mulakan lah perubahan diri,, baru lah perubahan hidup)
insyallah akan berjaya...

Mmg selalu kita dengar..
usaha itu tangga kejayaan,,,
jadi jangan pernah berenti untuk mengejari impian hidup,,,
bermula la dari kegagalan yang kita perolehi sendiri...
Hanya kerana kita belum dapat apa yang kita inginkan,,,
itu tidak bererti kita tidak pernah boleh mendapatkan nya,,
teruskan lah berusaha & banyakan berdoa..

Dan yang utama,,
setiap apa yang dilakukan, ingat la ALLAH swt sentiasa..
jadi kan manusia yang berjaya itu percabar baik kamu..
Rasa iklas dalam hati akan memberi kemudahan
bagi diri kita dalam menghadapi sesuatu masalah..

 

arbab hbk
Tersilap kata maaf dipohon,,,
assalamualaikum...

Thursday, May 31, 2012

perlukah SOMBONG?

Ingin bercerita soal sombong,,,,
perlu ke kita bersikap sombong??
apakah yang kita dapat jika kita seorang yang sombong??
apakah kelebihan untuk orang yang sombong??

Adakah jawapan yang terbaik untuk soalan diatas??

Tentu sekali ada kan...
Dan terkadang dengan sikap sombong ini mampu mengelakan kita terjebak dengan pekara yang tidak elok..
setiap apa pun harus la kena pada tempat ..
bukan nya sombong dengan keadaan kita yang mungkin agak terbaik..
kerana itu adalah salah satu pekara bermegah @ berbangga diri..

kita manusia di bumi ALLAH ini sama saja kan ..
tiada yang lebih & tiada yang kurang..
setiap kurniaan ALLAH semuanya ada kelebihan itu sendiri..
itu lah ALLAH MAHA ADIL...

SOMBONG...
bunyi nya mmg 1 sahaja.
tetapi sebenar nya berbagai jenis sombong yang ada didalam diri manusia,,,
Jika kita berbangga diri dengan merendah kan sseorang.. 
pada  hakikat nya kita tahu dan sedar bahawa dia sama sahaja..
dan cube menolak kebenaran yang ada,, pada masa yang sama kita sedar bahawa ianya benar belaka..
itu pun salah satu dari kesombongan dlm diri.....
yang penting nya jangan ssekali kita meremeh kan kelebihan ssorg yang mungkin kita sndri ada..
se-elok nya kita mnsyukuri kelebihan itu bersama..
krn ALLAH swt masih ingin memberikan kelebihan itu pada kita juga..

(tekadang dalam 1 pekara itu , kita akan rasa kita lebih terbaik.. ingt lah tu hanya di mata kita sahaja.. dan sebenarnya ianya sama sahaja,, tiada yang lebih dan kurang)
bersyukur lah jalan paling terbaik

Salah 1 nya seperti..
menolak kebenaran...
umpama kita menolak kebenaran qu,ran dan juga sunnah..
sebagai contoh  (maaf jika keterlaluan)
jika kita mengerti dan juga faham bahawa menutup aurat itu wajib, akan tetapi masih tidak mahu menutup..
mungkin itu salah 1 sikap sombong dalam diri yg harus di singkirkan..

Dan  sama lah seperti solat kita seharian kan,,
dah semesti nya kita tahu dan yakin bahawa solat tu wajib..
tp masih juga kita mengabaikan nya..

dan ingat lah,,
tempat untuk orang2 yang sombong adalah neraka jahanam,,,
jadi tidak perlu lah kita bersikap sombong dalam apa jua situasi..

(hanya diri kita sendiri yang mampu merubah ap yg ad dalam diri sendiri)
kita manusia sama dan tiada lain nya..
baik dilahirkan atau di kafankan,,
semua nya sama,,
jadi ingat la 
tidak perlu ada sifat sombong dalam diri..

jadi lah manusia yang suka menghargai orang lain,,
insyallah kita akan selalu tenang dan juga selalu jadi insan TERBAIK,,,

oright,, hanya itu sahaja yg ingin di-kongsikan...
&
Mula-kan lah diri kita sendiri dengan taat kepada ALLAH swt dan juga RASUL-nya
ini kerana jalan kemuliaan ssorang manusia itu adalah dalam 
KETAQWAAN...

arbab hbk
tersilap kata maaf ku pohon..
assalamualaikum
 
peace

Tuesday, April 17, 2012

Perhiasan dunia...

gambar hiasan


Selalu-nya kita dengar,, wanita lah perhiasan dunia,,
akan tetapi sebaik baik nya adalah wanita solehah kan..

Dan utk wanita yg ingin-kan kemuliaan dari Allah swt
haruslah jga segala keperibadian dri terutama ahlak yg mulia,,
Jaga lah aurat yg selalu wanita mgkin terlupa..

Dan jika ingin menutup aurat jangan-lah menunggu hati jadi bersih, ihklas dan juga hidayah,,
ini krn hati yang bersih, ihklas dan juga hidayah haruslah di-usahakan bukan hanya menunggu...
Dan wanita harus-lah ingat
Menutup aurat itu adalah sama dengan ingin memperbaiki diri,,
dan bila ditambah ahklak yang baik,
maka itu lah sebenar-nya jalan hidup kemuliaan..

Wanita harus lah berjaga2x,,
kerana wanita mudah menjadi kabur..
mudah mengikut hati yang hanya berfikir dengan hanya sekali..
itu adalah umpanan utk menjadi wanita leka dengan hal dunia yang mungkin boleh ke arah yang 
tidak baik,,, harus berwaspada...

jika ingin kebahagiaan,, 
kebahagiaan sebenar-nya ada didalam hati,,
hati bahagia, maka kamu akan bahagia,,
Dan ingat lah ALLAH swt utk kamu dapat kebahagiaan..

Dan yang paling penting..
jauhkan lah diri dari lelaki@jejaka yg kurang iman nya..
kerana mungkin ia hanya ingin mengejar nafsu semata mata..
Dan ingat lah..
Maksiat hanya dapat merosakan hati,,
gangguan kehidupan dan juga rezeki...

Wanita yang suci dan baik penuh dengan kedamaian bila kita melihat-nya
boleh juga menyejukan sanubari
akhlak indah sudah tentu iman teserlah..

Wanita yang selehah martabat-nya ditinggi-kan ALLAH swt
aurat-nya hanya utk suami yang berjuang..
cinta dan juga kasih nya hanya pada lelaki halal yg bermaruah..
lahir krn rahmat-nya, hidup krn cinta-nya
mati dalam redha-nya, 
insyallah..

Maaf kpd wanita jika aq tersalah kata..

arbab hbk
tersilap kata maaf ku pohon
peace
(sebaik-baik manusia adalah yg paling bermanfaat dgn manusia yg lain)

assalamualaikum

Wednesday, April 11, 2012

mmg kehidupan.

Sememang-nya kesunyian mmg menyeksakan,, 
akan tetapi bila hati ini selalu ada ALLAH swt, 
semuanya akan tenang sentiasa...

kehidupan mmg adakala nya sukar..
jika kita sedar kita ada lah seseorg yg bertuah, 
kne la ingat sampai bila tuah kita tu akan ada..

krn sebaik2 org yg ALLAH swt sayang 
semakin banyak la ujian yg dberikan,,
dan hadapai la dengan tenang..

kita sebagai manusia di bumi ALLAH ini penuh dengan impian dan matlamat yg tinggi..
dan penuh dengan keinginan utk mencapainya,,,
penuh dengan usaha..
penuh dengan rasa bermohon...
penuh dengan segala-nya..
tetapi apabila kita tidak dapat mengecapi semua itu..
apakah yg kita akan lakukan???

Matlamat yang tinggi mmg bagus utk kita skrg dan di masa akan datang,,
jadi jgn berenti utk berusaha mengecapi impian,,
dan juga memohon restu ALLAH..
jgn mudah kecewa..
amal kan sifat yg penuh dengan senyuman...

Seelok-nya tak perlu kita rasa lemah & juga sedih,,,
krn kita sebagai manusia sebenar mmpunyai darjat yg tinggi,,
tetapi jika kita benar2 org yg bertaqwa,,,

salam semangat dari saya..
arbab,hbk
tersilap kata maaf ku pohon.
peace,
assalam,,



Friday, March 30, 2012

Doa utk harian...

Doa untuk harian kita yang mungkin boleh di-ikuti

Ini kerana setiap apa pun yg kita lakukan perlu lah dengan keberkatan ALLAH,
agar di-berkati..

Doa hari Ahad
Dengan asma Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
ya Allah, sampaikan shalawat kepada rasullah dan keluarga-nya

Dengan asma Allah,
yang tidak aku harapkan kecuali kurniaan-nya,
tidak aku takutkan kecuali keadilan-nya,
tidak aku percaya kecuali firman-nya,
tidak aku pegangi kecuali tali-nya
kepada mu aku ber;indung wahai pemilik redha & keampunan

Doa hari Isnin
Dengan asma Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang,
ya Allah sampaikan shalawat kepada rasullah dan keluarga-nya

Segala puji bagi Allah yang mencipta langit dan bumi tampa seorang saksi,
yang mengelar mahluk tampa seorang pembantu,
tiada sekutu dalam ilahayat-nya,
tidak ada setara dalam ketunggalan-nya,
lemah akal memikirkan kan makrifat-mya,
merendahkan segala penguasaan kerana kehebatan nya
kelu lidah mengungkap sifat-nya
Rebah segala wajah kerana takut pada -nya
jatuh segala yang agung kerana ke agungan-nya
bagi-mu segala puji
puji yang beruntung tidak putus-putus
shalawat dan salam bagi Rasullah-nya, salam yang kekal abadi.

Doa hari Selasa
Dengan asma Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
ya Allah sampaikan shalawat kepada rasullah dan keluarga-nya

Segala puji bagi Allah, pujian hak nya, milik-nya pujian yang banyak,
aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diri ku,
sungguh nafsu menyuruh kepada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan.
aku berlindung dari kejahatan setan yang menanbah dosa ku.,
aku berlindung Kepada allah, dari smua tiran yang kurang durhaka.
dari semua moto yang dominan,
dari semua penguatkuasa yang kejam.

ya Allah jadikan aku daripada pasukan-mu,
kerana pasukan-mu sajalah yang memperolehi kemenangan,
jadikan aku diantara pertaimu,
kerana pertaimu sajalah yang memperolehi kemenangan.
jadikan aku diantara kekasih kekasihmu,
kerana kekasihmu sajalah yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Doa hari Rabu
Dengan asma Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
ya Allah sampaikan shalawat kepada Rasullah dan keluarga-nya

Segala puji bagi Allah, yang menjadikan malam sebagai pakaian,
dan tidur sebagai peristirehatan,
dan siang sebagai saat bertebaran.
Segala puji bagi-mu, Kau bangkit kan aku dari tidur-ku,
Kalau kau kehendaki, kau jadikan tidurku, tidur yang kekal abadi,
Tampa henti milik Allah,
mahluk yang tidak terhitung.

Ya Allah, bagi mu segala puji
kau ciptakan, kau takdirkan, kau tentukan, kau matikan, kau hidupkan,
kau sakitkan, kau sembuhkan, kau selamatkan, kau hancurkan,
di atas singgasana mu kau bertahta
di atas kerajaan mu kau berkuasa
ku sampaikan pada mu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus kekuatanya,
yang dekat ajal nya, yang mendunia hasratnya, yang berat
keperluanya akan rahmatmu, yang besar deritanya kerana dosa-dosanya,
yang banyak jatuhnya dan gelincirnya, yang terpusat padamu saja taubat-nya.

Doa hari Khamis
Dengan asma Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
ya Allah sampaikan shalawat kepada rasullah dan keluarga-nya

Segala puji bagi Allah, yang mengusir malam yang gelap dengan kudrat-nya,
yang menghadirkan siang yang terang dengan rahmat-nya,
yang menutupku dengan cahaya nya, dan membawa padaku nikmat-nya

ya Allah, sebagaimana telah kau lestarikan aku di siang ini,
lestarikan aku pada siang lain seperti ini
sampaikan shalawat kepada nabi muhammad dan keluarga-nya
jangan kau celakakan aku hari ini dan hari yang lain malam atau siang
dengan perbuatan yang terlarang dan kelakuan yang tercela
berikan lah pada ku kebaikanya, dan kebaikan apa pun didalam nya
dan palingkan diriku keburukan nya dan keburukan apa pun didalam nya
dan keburukan apa pun sesudah-nya.


Doa hari Jumaat
Dengan asma Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasullah dan keluarga-nya

Segala puji bagi Allah, yang awal sebelum penciptaan dan
penghidupan, yang akhir setelah punah semua, yang maha tahu, yang tak
melupakan orang yang mengibgatnya,
yang tidak merugikan orang yang mensyukuri-nya, yang tidak mengecewakan
orang yang memohon pada-nya, yang tidak memutuskan harap orang yang
mengharapnya.

ya Allah
Aku mintakan kesaksian-mu dan cukuplah engkau sebagai saksi
Aku mintakan kesaksian seluruh malaikat-mu penghuni langit-mu dan pemikul arasy-mu
serta yang kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-mu dan yang kau ciptakan dari berbagai mahluk-mu.

Doa hari Sabtu
Dengan asma Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasullah dan keluarganya

Bismilah- kalimat pemegang penjagaan, ucapan pencari perlindungan
A'udzubillah - aku berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari rekaperdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia lain
Aku memuji dan di atas pujian semua yang memuji.
ya Allah, engkau yang esa tiada tara, engkau raja tiada dirajai, tak terlawan ketentuan-mu, tak tertolak
kekuasaan-mu.
Aku bermohon, sampaikan shalawat kepada muhammad dan keluarganya, hambamu dan utusanmu.
Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-mu yang memungkinkan aku mencapai redha-mu
bantulah aku menaati-mu dan melazimkan ibadah pada-mu, memastikan ganjaran-mu dengan kurnia
pertolongan-mu
Kasihani lah aku, palingkan lah aku dari maksiat pada-mu, selama engkau menghidupkan aku, tuntutlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama engkau menghidupkan aku
dengan kitab-mu, legakan dadaku
dengan bacaanya, ringankan bebanku
kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku
jangan terlantarkan aku dari semua yang menjadi kerinduaan ku
sempurnakan lah kebaikan mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti
engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu
wahai, yang Terkasih dari segala yang mengasihi.


Doa yang perlu utk harian kita,,
agar setiap apa pun yang kita lakukan penuh manfaat dan diredhai ALLAH SWT,,

arbab hbk
tersilap kata maaf ku pohon,,
assalamualaikum
peace
















Monday, February 13, 2012

jiwa jatuh....

assalamualaikum,,

Dunia sekeliling dilihat sekarang sungguh berbeza.. 
kerap aq sndiri dengar cerita berkait dengan perbagai cerita sedih dan pelik.
masa pun semakin pantas..
sikap manusia pun seakan sukar..

Adakah masih ad org yang  gemar akan sikap bersyukur...
manusia sekarang makin hebat.. banyak benda yang lebih harus utk dinikmati dengan menolak sikap lebih bersyukur.
mungkin tu pun penting kan, skarang nie,,
sampaikan harus utk menindas sesama mereka..
ini kerana sifat syukur dengan kesabaran nie sama penting nya.
kita ingin mengejar kebahagian dengan cara yang salah pun tak mendatangkan ap2 yang baik kan..
ini kerana hilang kesabaran berti hilang la kedudukan & kemuliaan disisi Allah swt..
Dan yang paling penting skali, Syukur nia la tali pengikat nikmat yang ada dan pengundang nikmat yang belum ada..

Hari demi hari berbagai kisah hitam yang selalu didengari..
sampaikan kdg2 terasa takot dgn dunia yang semakin mencabar dan maju ni..
yang dulu nya kita sangat berbeza.. 
dan skarang bila difikir kembali makin jauh jarak perbezaan itu..
hanya kenangan dan iringan sayu buat kita mengenangi kisah yang lama ditinggalkan..

Dengan perkembangan dunia skrg yang berbagai benda yg mungkin boleh
mempengaruhi  pelbagai benda yang seakan tak percaya ianya boleh mengaburi mata..

Apa yang aq and kita semua harapkan agar generasi seterusnya baik kaum adam &hawa dapat la memanfaatkan ilmu2 islam yang ada agar tidak menjadi kabur..
ini kerana yang selalu disisi adalah Allah swt,,, 
semoga Allah swt sentiasa kekal didalam hati kita smua islam,,

dan disini aq cuma ingin berkongsi apa yg aq rasa seakan xselesa..
bkn utk mnyatakan bahawa diri ini bagus apatah lg terbaik..
tidak sama skali...
krn aq manusia yg cukup teruk..
& tidak sempurna...
yang penting nya
(kita tak perlu dianggap sebagai orang baik, yang penting benar2 jd orang baik)


arbab hbk
silap kata maaf ku pohon,,
peace

Friday, February 3, 2012

fikiran


aq.....
Dalam diam sejenak terfikir utk bercerita tetapi hilang kisah yang ingin disampaikan..
dan bile teringat kisah geram menghantui diri & diringi emosi yg mencanak canak menimbulkan rasa dendam
tetapi apabila datang rasa sejuk mengawal diri aq rasa senang utk memaafkan semua org, bg aq agar aq jua mudah utk org memaafkan kesalahan yg tidak kusedari..
Terfikir tentang diri ini..
rasa kisah hidup sepanjang saat ingin aq cerita
walaupun dipenuhi dengan kisah yang mungkin bukan utk tersenyum, namun wajah berkeras utk tersenyum agar tidak disedari akan kisah sebenar yang mungkin sukar utk difahami...
termenung lagi...
ingin melafaskan sesuatu yang sukar utk dilafaskan,, krn selalu sagt ketakutan mempengaruhi diri.
ingin aq menaip keluar segala nya,, 
tetapi tidak mudah utk jari ini meleret mudah utk mengeluarkan kata2 yang mungkin terpendam.

Termenung lagi..
Apakah perjalan seterusnya,,
adakah dipenuhi dengar kisah silam yang dasyat , yang mungkin juga sudah dilupakan tetapi pada hakikatnya masih kekal menghantui hingga ke hari ini..
Fikiran aq sudah tersusun kata-kata yang harus utk dikeluarkan dan juga dh tersenarai cerita yang aq ingin bentangkan tetapi berat untuk dilepaskan.
Haruskan aq terus dengan mengeluarkan benda yang mungkin kurang ad kena mengena...
Hati aq adakah akan terus melayang dengan kisah2 khayal yang harus ditampal sahaja bagaikan didalam mimpi seakan kisah itu benar-benar terjadi?
Bila banyak sangat tanda soal (?) timbul aq mungkin kalah.. 

Termenung lagi..
Hati yang nampak keras,, adakah harus utk aq meneruskan sifat yang hanya menjaga hati org lain , pada masa yang sama aq merasa keras kegeraman yang teramat, tetapi ternyata sifat kesabaran aq masih kuat,,
keredhaan itu penting bg aq,
kesyukuran..

seseorang yang membosankan..
Beginilah bila kita jd dari salah seorg yang membosankan, 
sungguh tidak mendatangkan ap2 yang penting dimata org lain,,
sungguh membebankan fikiran org lain yng cuba memikir..
jadi jgn la terus berfikir
kerana tidak mendatang kan ap2 yang mungkin mengembirakan
sebab aq org yang membosankan..
tetapi aq tetap bersyukur...
Hari ini adalah hidup kita, bukan kemarin, bukan pula esok, bersemangatlah...

dan pada aq cukup sederhana..
kita harus percaya bahawa kehidupan adelah  tentang menjalani mimpi yang kita miliki,,

dan semoga ALLAH swt sentiasa ada didalam hati aq..
arbab hbk
tersilap kata maaf ku pohon,,
peace









Thursday, January 26, 2012

agar lbh kuat...


Bukan krn Allah tdk menyayangi umatnya dgn memberikan cubaan. Tapi krn Allah menyayangi & percaya dgn umatnya yg mampu mgharungi cubaanNya

assalam..

hye..
Cukup lama tak update,, mgkin atas sbb keje yang terlalu sibuk,
sampai kan tiada masa utk brblgtoo,, urm,,
(mcm busy sgt la plak)

Sejak kebelakangan ni , aq baca paper mcm2 berita pelik ..
ke mmg dari dlu lagi dh pelik,, urm
cume yg dlu aq malas nak bace,, (mcm2)...

tu xkisah lagi la,,
sbb nye kita smua sendri tahu kan kenapa asik terdengar berita2 yg sbegitu,,

dalam sibuk aq membaca berita2 nie,,
aq dapat plak berita tntg sahabat aq
yang skrg nie sakit ..
mengidap penyakit (dirahsiakan)
cukup tekejut..

aq harap dia dapat menempuhi nya ngan tenang.. walaupun kita sndri thu mmg sukar  jika kita sndiri  ingin menghadapi smua ni..
tp,,
insyallah berkat doa siang dn malam, diharap smua nya kembali ok.. (amin)
tp....
yang paling aq yakin..
dia seorang yang kuat..
baik..
Dalam sayup wajah bile dipandang
nampak semangat yg kuat..
berani menerima segala nya dengan tenang,,,
dan insyallah semua nya kembali baik,,,

doa aq ..
agar beliau cepat  sembuh..
dan kembali ceria
dapat terus menjalani kehidupan dgn gembira sprti biasa...
insyallah..


arbab hbk
tersilap kata maaf ku pohon
assalam
peace

Friday, December 30, 2011

Doa apabila stress..

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca doa berikut ini, Allah akan menghilangkan deritanya dan menggatikannya dengan kebahagiaan:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محم

للَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِي حُكْمِكَ، عَدْلٌ فِي قَضَاءِكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اِسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ  وَذِهَابَ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلاَءَ حُزْنِيهَمِّي


Bismillâhir Rahmânir Rahîm

Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad


Allâhumma innî `abduka wabnu `abdika wabnu amatika, nâshiyatî biyadika, madhin fi hukmika, `adlun fi qadhâika. As-aluka bikulli ismin huwa laka sammayta bihi nafsaka aw anzaltahu fî kitâbika aw `allamtahu ahadan min khalqika awista`tsarta bihi fî `ilmil ghaybi `indaka an taj`alal qur’âna rabî`a qalbî wa nûra shadrî wa jalâa huznî wa dzihâba hammî.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu, berlalu hukum-Mu dan adil ketentuan-Mu. Aku memohon pada-Mu dengan semua nama yang Kau namakan pada diri-Mu atau yang Kau turunkan dalam kitab-Mu atau yang kau ajarkan pada salah seorang dari makhluk-Mu atau yang Kau berikan pengaruhnya pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikan Al-Qur’an keindahan kalbuku, cahaya hatiku, penyembuh dukaku dan penghapus deritaku. (Makarimul Akhlaq: 351)
semoga dengan itu dapat meringan kan beban tekanan yang dialami 
dan hanya Allah swt tempat untuk kita meminta segala yang baik dari keadaan yang buruk
moga diberkati
Assalamualaikum