Memberi bukan utk dihargai.. cukup dengan keiklasan hati...
Pernah-kah kita bertanya pada diri kita sendiri..
Mengapa kita harus memberi??
Adakah perlu kita memberi??
Kita bukan dipaksa utk memberi..
Tapi menghulurkan bantuaan pada yang memerlukan adalah 1amalan yang terpuji, Kerana kita hidup didunia ini bukan-nya kekal abadi, ianya hanya mimpi yang akan lenyap 1hari nanti. Harta kita didunia ini bukan untuk diperap tetapi dimanfaat-kan juga..
Dan hingga ke hari ini belum pernah didengari seseorang itu jadi susah dan menderita selepas ia memberi, Malahan banyak yang susah dengan hutang2 nya sendiri, Dan juga ada yang berjaya melangsaikan hutang dengan kerana memberi, Jadi dengan itu tidak perlu kita mengeluh dengan nasib kita yang tidak berapa baik, penuhi-lah dengan amalan yang baik, pastinya ada hari yang baik menanti, percaya lah,, tiada sepanjang hari nya kita bernasib malang, ALLAH swt pasti mempersiap kan sesuatu yang indah dari apa yang kamu lakukan,,
Didalam satu saat jika kita memberi, tampa kita sedar kita melakukan 1hal tentang kebaikan,
tp biarlah dengan keiklasan,,, Kita meringgan kan beban & juga membahagiakan seseorang..
Adakah kita bahagia melihat orang lain bahagia?
Dan ingat lah jauh lebih bahagia tangan yang menghulur dari tangan yang menerima..
Kita hidup didunia ini, kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di esok hari,,
dan jika ada kesempatan bersedekah, kamu bersedekah-lah, tidak perlu menunda-nya utk esok...
Kita semua tentu tahu, bahawa sedekah @ menghulurkan bantuan itu juga adalah 1 ibadah,,
dan itu juga adalah amalan terpuji,,,
Mungkin hari ini kita memberi & tidak mustahil esok pula kita menerima,,
ALLAH swt menjanjikan yang terbaik utk umatnya dengan amalan terpuji, Insyallah...
Ingat-lah membuat amalan terpuji adalah sama seperti kita menuai tanaman, Dan diakhirat kelak kita akan menemukan hasil dari apa yang kita tanam hari ini.. insyallah..
Kita semua tentu tahu, yang kita miliki hari ini semua akan lenyap kelak, semua-nya akan hilang, yang kekal adalah amal kita sewaktu kita bersedekah..
Ada ruang yang kosong selepas kita memberi sebahagian dari harta kita yang akan
di isi dengan berlipat kali ganda... insyallah
Satu hal yang kita perlu tahu & ingat..
kita tidak pernah tahu sampai bila kita bernasib baik dengan limpahan rezeki dari Allah..
Kita memberi bukan mengurangkan apa yang kita miliki hari ini, tapi mempergandakan dari apa yang kita ada, Mungkin hidup kita lebih berti & bermanfaat selepas kita memberi..
Sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada insan lain..
Biar-lah nilai yang sedikit tetapi iklas..
dari jumlah yang banyak tetapi pada zahirnya kosong..
JADIKAN-LAH HIDUP KITA YANG SINGKAT INI LEBIH BERMAKNA DENGAN KITA BERSEDEKAH...
Sekian
arbab,hbk
tersilap kata maaf ku pohon
assalamualaikum,,

No comments:
Post a Comment