Alangkah best nye bile diberi pilihan,,,,,,,,,tp tak akan ad lah perkara2 yg kita tak suka kan. disebab kan kita memilih semua benda yang baik dalam hidup... hilang smua msalah bertambah keceriaan dalam diri..
yang biasa nya apa yang kita idamkan, tak pula terjadi, malah benda lain yang terjadi.. bila dh berlaku sesuatu yang tak di ingini baru la timbul rasa gram dalam diri,,, kecewa,, bercelaru dan berbagai lagi..
apa yang harus dilakukan??
*kita haruslah paham kan bahawa kita nie hidup penuh dgn peraturan.. dan peraturan yang paling senang sekali ialah apa yang kita inginkan tak la smua nya tercapai,, @bahasa lain nya "rules of life" - sesiapa yang tidak mengikut peraturan, maka tak layak lah dia untuk hidup...... sebagai contoh : apabila kita bermain bola mesti la mengunakan kaki,, tak boleh mengunakan tangan,, tp kalau ad yang mahu mengunakan tangan jugak maka xlayak la untuk nya bermain bola.... urm
Sama lah juga seperti hidup ini,,, penuh dengan ujian.. berbagai yang perlu dilalui,,, dan tak semestinya apa yang kita ingin kan itu kita dapat untuk dikecapi.. baik msalah untuk org yang kaya, miskin, sihat dan jugak sakit semua nya ad perkara yang pada asal nya tidak mahu dilalui,, tp hakikat nya dia harus lalui... urm,, dan terbukti hingga skrg bahawa kita masih kekal sebagai hamba Allah swt... dan kita ini sebagai hamba yang telah di corakan perlu lah beringat sebelum mmbuat sesuatu yang buruk.. jauhi la dari sifat yang kurang baik,, agar kita hilang rasa diri ini untuk mmberontak..
jangan la sesekali kita memberontak kerana apabila kita terus kan juga kita menuju kearah yg tidak baik.. ini kerana dengan sifat berontak itulah kita pada hakikatnya tidak dapat menerima ketentuan Allah.. Dan ingat lah bahawa kita hidup di muka bumi ini sebagai hamba, jadi laksanakan lah tugas2 kita sebagai hamba nya.. dan apabila di uji keluarkan kata2 bahawa kita ini hambah dan layak lah diperlakukan seperti hamba.. memarahi lah diri kita sendri.. dan pujuk la hati kita sendiri, tetapi jangan lah sampai putus asa dan jga kecewa..
Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?
Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....
Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.
Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.
Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.
Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini tawakkal tidak berbekal namanya.
Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.
Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!
Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong. Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.
Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!
Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.
Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah. Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?
Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!



No comments:
Post a Comment