Monday, November 21, 2011

Syukur atas Syukur......


Aku bersyukur pada mu Tuhan
Di atas segala nikmat yang engkau beri
Aku bersyukur kepada mu lagi
Di atas kesyukuran itu
kerana syukur itu satu nikmat
yang bersifat maknawi dan rohani
ia adalah satu pemberian mu
Syukur di atas kesyukuran

Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosa ku
seterusnya aku bertaubat
di atas taubat-taubat ku yang palsu
Ertinya taubat ku memerlukan taubat lagi
taubat di atas taubat

Begitulah yang aku harapkan padamu, ingatkan aku
bahawa Syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah mu
Agar aku bersyukur diatas kesyukuran itu

Seterusnya ingatkan aku
bahawa taubat aku adalah palsu
agar aku bertaubat diatas taubat itu
moga-moga aku tidak menipu diriku


arbab,hbk
dont worry be happy
peace
salam~

No comments: